Wednesday, November 24, 2010

Hasil Kerja 2010







Oklah aku nak tulis bahasa rojak jelah pas ni....



Beberapa hari yg lepas kerja aku untuk SALADIN the animated series telah di siarkan di RTM1 pada hari Sabtu pada pukul 7 30 ptg.So pas ni every Saturday at 7 3 0pm silalah duduk di depan tv anda untuk menonton cerita yg di buat oleh anak tempatan ini.Dalam Saladin ni aku punya part adalah storyboard artist dan ada 3 org lagi yg buat kerja sama mcm aku ni untuk projek ini.Sume power2.

Result kat TV sgt best compare masa aku tgk kat opis dulu.Projek ni aku involved start pada tahun 2008.Aku masuk dah agak half way projek ni jalan so dari ep 1 sampai ep 7,aku punya part memang sikit je...mostly on amendments(repair)je.Start aku betul2 involve ialah episod 8 yg ada scene pegang kiub nak cari harta tu dengan scene ada lompat2 kat curam...ha tu aku fully involve lah.



Pas tu ada berita baik lagi,aku di beritahu tak lama lagi komik pendek WAR OF THE WORLD:GOLIATH(http://www.wotw-goliath.com/) untuk keluaran magazine HEAVY METAL(http://www.heavymetal.com/) untuk edisi January 2011 akan di terbitkan tak lama lagi.First job international comic aku....



Than beberapa bulan lepas juga...aku dan kerja aku keluar dalam paper Berita Harian untuk ruangan Di Sebalik Nama(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DiSebalikNama_LangkahNanzo/Article/index).Setelah lebih dari 10 tahun involve dlm bidang ni,barulah aku rasa kerja aku mula di pandang dan di terima org or at least tahu kewujudan aku.Sedara mara aku pun mula sedikit paham dengan kerja aku.Aku berharap yg terbaik saja selepas ini.

Sekarang ni aku sibuk ngan freelance untuk cari duit baya bill bulanan sampai nak buat ANDIKA aku pun tersangkut-sangkut.Bila tak buat kerja nak buat komik rasa dah tak terdaya.Haishh..entahlah.Sedang mencari kekuatan mental untuk membalancekan ini semua.