Saturday, July 30, 2011

Nepotisma

Facebook sudah membantu jualan komik Andika aku better dari website2 yang ada related dengan art and comic.Kenapa ye? Nampaknya aku seperti di sisih dari genre sendiri? Aku sentiasa compare setiap hari between web sosial ngan web art related yg kononnya support artis.Web sosial done better.Sgt frustating.Ada nepotisma di dalam komuniti art tempatan ke?

Suasana ini sangat pelik.Di zaman internet tidak wujud aku adalah antara artis komik yg bermati matian nak hidup ngan komik aku di waktu sume org berkiblatkan katun lawak.Unity dengan bebudak komik walupun sikit tapi sangat kuat.Sekarang aku masih lagi struggle cuma sedikit bijak dari dulu sebab belajar dr pengalaman lampau boleh nampak tidak ada unity dalam artis.Aku tak bermaksud nak kene aktif dalam persatuan sume.Tapi spirit.Aku dapat rasakan artis2 muda skrg kurang unity dan lebih kepada kgkwn.Too bad and too sad.

Anyway....life goes on.Tempur Terus dalam nada yg sedih......

Thursday, July 28, 2011

Komik Andika Aku Dah Keluar Dah!





Yaaaaa...Comic Andika ku telah KELUARRR!!!! Mari mari beli. Ini adalah limited stok.Bukan saja saja nak rasa gempak buat limited stok,sebab keluar pakai duit poket sendiri maka poket saya tersangatla limited.

Spesifikasi Komik ini

Size - A5
Full Color
52 pages Art matt paper (tebal)
Genre cerita Fantasy,Drama and Aksi
Harga rm15 + rm6 Pos Laju
Limited Edition.

Jadi kepada sesiapa yang mahukan buku yg di lukis secara tulus ikhlas dari hati seorang seni yg hidupnya asyik struggle to be appreciated,...email saya untuk maklumat cara pembayaran.Saya juga boleh buat pembayaran secara C.O.D. hanya untuk di kawasan Puncak Jalil,Kinrara atau Cyberjaya.Saya jarang turun KL sebab kerja di rumah.OK.....Apa lagi....Supportlah Komik Tempatan atau anak seni tempatan. ^_^

Friday, July 22, 2011

Appresiasi dan Satisfaksi


Haaaaa......Lama giler tak singgah sini.Ok.Kalau ada yg follow blog ni ( gila sedeh...hehe)Komik Andika aku telah di hantar print last week kat Summit.27hb Julai ni siap katanya.Aku benar2 berharap output finalnya presentable.Komik ini sebenarnya ada 2 part so yg nak keluar ni adalah part 1.Harga rm15 ,52 pages,kertas matt art tebal dan full color.Print limited 200 copies je pasal self fundkan.Hopefully everything goes well.

Sekarang ni aku tgh terpaksa bertungkus lumus menyiapkan job storyboard yg agak panjang scenenya pasal ia adalah movie project.Aku tgh rabak kekeringan sebab ikat perut untuk bayar duit print.Jadi nak tanak kene siapkan secepat mungkin.Ah...nasib hidup freelancer inilah dia.Penat tapi nampak hasil...takpe.

Walaupun komik sendiri aku nak keluar aku still ada rasa down...inspirasi bercelaru....bagai api lilin yang di tiup angin...berusaha untuk terus menyala.Jadi aku cuba cari inspirasi dengan meng-google nama nanzotaro aku....oh seronok pasal dia top on the search list...Than aku taip 'komik Malaysia'.Aku klik kat Komik Malaysia Wikipedia.Di situ ada tersenarai nama2 komik Malaysia dan.........nama aku takde.Nama budak baru ada tapi nama aku takda.Tersedih kejap.

Aku punya la struggle zaman 90an buat komik dan hasil dah kuar kat Anak2 Sidek ngan Keluangman dan sewaktu dgnnya dan nama aku langsung takde.Adakah sebab aku tak aktif Pekomik?....Aku pun siap cuba nak edit letak nama aku kat situ....GAGAL!Tak boleh!Demmm!
Tiba tiba aku terasa seperti tidak di iktiraf dan tidak dihargai.

Aku terus terbayang aku terduduk kesedihan di sebuah bukit yang rendah...melihat matahari terbenam...emo scene.And than aku pikir kenapa aku nak rasa sedih.Kau sendiri tahu perjuangan kau.Kau patut bangga dengan apa yg kau dah achieve sekarang.Mmg tak best bangga sendiri.Umpama duduk dalam dunia sendiri yg kosong.Tak dapat nak share kegembiraan dengan sesiapa.

Kenapa aku berkarya?Kenapa aku lukis dan buat cerita dalam bentuk komik?Sebab itu adalah expresi aku.Bukan pasal aku nak tunjuk aku tere lukis walaupun naluri setan aku mahu aku fikir begitu.Sebab aku tahu tak guna mengukur kehebatan melukis kerana akan sentiasa ada org lebih hebat dari kamu.Jadi aku mencari satifaksi atau kepuasan diri.

Aku suka berkhayal, berangan ttg dunia ini, kerekter itu.Jadi dgn medium komik aku boleh release semua itu.Aku ingin share khayalan ku.Aku mahu mereka enjoy dengan khayalan ku.Bukan nak layan ganja sama sama pon.Aku harap bila Andika ni release, ada lah nama aku di catit oleh sesiapa di mana2 website.Tu dah kira cam Pre-Nesan aku secara digital la.

Jadi nanti komik ANDIKA aku keluar, belilah.Best woooooo..... ^_^