Thursday, July 28, 2011

Komik Andika Aku Dah Keluar Dah!





Yaaaaa...Comic Andika ku telah KELUARRR!!!! Mari mari beli. Ini adalah limited stok.Bukan saja saja nak rasa gempak buat limited stok,sebab keluar pakai duit poket sendiri maka poket saya tersangatla limited.

Spesifikasi Komik ini

Size - A5
Full Color
52 pages Art matt paper (tebal)
Genre cerita Fantasy,Drama and Aksi
Harga rm15 + rm6 Pos Laju
Limited Edition.

Jadi kepada sesiapa yang mahukan buku yg di lukis secara tulus ikhlas dari hati seorang seni yg hidupnya asyik struggle to be appreciated,...email saya untuk maklumat cara pembayaran.Saya juga boleh buat pembayaran secara C.O.D. hanya untuk di kawasan Puncak Jalil,Kinrara atau Cyberjaya.Saya jarang turun KL sebab kerja di rumah.OK.....Apa lagi....Supportlah Komik Tempatan atau anak seni tempatan. ^_^

Friday, July 22, 2011

Appresiasi dan Satisfaksi


Haaaaa......Lama giler tak singgah sini.Ok.Kalau ada yg follow blog ni ( gila sedeh...hehe)Komik Andika aku telah di hantar print last week kat Summit.27hb Julai ni siap katanya.Aku benar2 berharap output finalnya presentable.Komik ini sebenarnya ada 2 part so yg nak keluar ni adalah part 1.Harga rm15 ,52 pages,kertas matt art tebal dan full color.Print limited 200 copies je pasal self fundkan.Hopefully everything goes well.

Sekarang ni aku tgh terpaksa bertungkus lumus menyiapkan job storyboard yg agak panjang scenenya pasal ia adalah movie project.Aku tgh rabak kekeringan sebab ikat perut untuk bayar duit print.Jadi nak tanak kene siapkan secepat mungkin.Ah...nasib hidup freelancer inilah dia.Penat tapi nampak hasil...takpe.

Walaupun komik sendiri aku nak keluar aku still ada rasa down...inspirasi bercelaru....bagai api lilin yang di tiup angin...berusaha untuk terus menyala.Jadi aku cuba cari inspirasi dengan meng-google nama nanzotaro aku....oh seronok pasal dia top on the search list...Than aku taip 'komik Malaysia'.Aku klik kat Komik Malaysia Wikipedia.Di situ ada tersenarai nama2 komik Malaysia dan.........nama aku takde.Nama budak baru ada tapi nama aku takda.Tersedih kejap.

Aku punya la struggle zaman 90an buat komik dan hasil dah kuar kat Anak2 Sidek ngan Keluangman dan sewaktu dgnnya dan nama aku langsung takde.Adakah sebab aku tak aktif Pekomik?....Aku pun siap cuba nak edit letak nama aku kat situ....GAGAL!Tak boleh!Demmm!
Tiba tiba aku terasa seperti tidak di iktiraf dan tidak dihargai.

Aku terus terbayang aku terduduk kesedihan di sebuah bukit yang rendah...melihat matahari terbenam...emo scene.And than aku pikir kenapa aku nak rasa sedih.Kau sendiri tahu perjuangan kau.Kau patut bangga dengan apa yg kau dah achieve sekarang.Mmg tak best bangga sendiri.Umpama duduk dalam dunia sendiri yg kosong.Tak dapat nak share kegembiraan dengan sesiapa.

Kenapa aku berkarya?Kenapa aku lukis dan buat cerita dalam bentuk komik?Sebab itu adalah expresi aku.Bukan pasal aku nak tunjuk aku tere lukis walaupun naluri setan aku mahu aku fikir begitu.Sebab aku tahu tak guna mengukur kehebatan melukis kerana akan sentiasa ada org lebih hebat dari kamu.Jadi aku mencari satifaksi atau kepuasan diri.

Aku suka berkhayal, berangan ttg dunia ini, kerekter itu.Jadi dgn medium komik aku boleh release semua itu.Aku ingin share khayalan ku.Aku mahu mereka enjoy dengan khayalan ku.Bukan nak layan ganja sama sama pon.Aku harap bila Andika ni release, ada lah nama aku di catit oleh sesiapa di mana2 website.Tu dah kira cam Pre-Nesan aku secara digital la.

Jadi nanti komik ANDIKA aku keluar, belilah.Best woooooo..... ^_^

Thursday, January 27, 2011

Letih Dan Malas


Urghhhh....Aku memang ada penyakitlah...penyakit MALAS.Sepanjang 3 minggu aku bergelut dengan penyakit ini.Kerja aku ter-drag hampir sebulan yg patutnya boleh siapkan dlm masa 2 minggu.FB pun aku malas nak tulis apa apa...just browse tgk apa jadi ngan life orang.Sekarang dah start ok sket...dah ada momentum balik but still tak cukup.Kerja perlu disiapkan kalau tak, kering poket nanti...ni pun dah nak run out dah ni.Dan sebab tu jugaklah aku ada daya nak update blog hampeh ni.

2011 bermula dengan kelembapan yg maksima.Takde apa apa yg promising menenti aku untuk masa terdekat ni.Maybe salah aku jugak kot...tak prep aku punya stuff for the future...memang tough jugak jadi freelance artis nih.Life tu mungkin ada la sket nak spent tapi hari2 risau bil2 dan hutang2 yg nak dibaya pada bulan depan.SO far alhamdulillah ada satu job yang bole menyambung survival aku untuk satu tempoh yang dekat ni tapi untuk jangka panjang masih takde lagi.Aku risau.Aku blur.Masa untuk buat atau sambung projek sendiri masih takde.Okla mungkin masa tu aku bole force tapi semangat tu.Level paras bawah bosan...Ah Demm betul!!
Few weeks ago masa aku dilanda masalah malas takle buat keje aku sempat siapkan Draft Story komik lama aku - Medan Azazil.Dah tahu dah ending dia cemana tapi nak buat komik mmg mustahillah.Cerita aku stok panjang berzaman.Tak reti aku nak buat cerita pendek.Tapi aku ada some ideas cemana nak release gak this story.

SO basically kat tgn aku ada 3 story and idea yang aku rasa patut bole buat duit or dgn kata lain jadi kaya.But than aku pikir balik....bole ke jadi kaya ke ngan bende ni sume?Serius aku cakap...aku dah tak larat buat job storibod....sgt stresful pasal banyak nak pakai otak.Nasib pymnt yg latest storibod job ni ada ampun sket.Nak buat team tapi masih tak jumpa candidate sesuai...yg ada ni pun masih buat aku rasa aku sorang je yg buat.Ah penat siot.
Entahlah...kekadg tgk nasib org lain yg baik2 ni rasa mmg tak fair je hidup tapi nasib baik aku ada ugama so boleh fikir waras lagi.Kesian gak tgk bini aku asyik struggle keje nak cover bahagian lain.Aku nak buat wife aku dok umah je tak yah keje dan aku boleh kasi dia duit sume.Aku tak mahu pikir kekayaan dan duit adalah segalanya....tapi somehow stress ni sume akan bawa ke jalan tu jugak.Cemana la aku nak set otak aku nih for future...umur dah tak muda lagi.

Wednesday, November 24, 2010

Hasil Kerja 2010







Oklah aku nak tulis bahasa rojak jelah pas ni....



Beberapa hari yg lepas kerja aku untuk SALADIN the animated series telah di siarkan di RTM1 pada hari Sabtu pada pukul 7 30 ptg.So pas ni every Saturday at 7 3 0pm silalah duduk di depan tv anda untuk menonton cerita yg di buat oleh anak tempatan ini.Dalam Saladin ni aku punya part adalah storyboard artist dan ada 3 org lagi yg buat kerja sama mcm aku ni untuk projek ini.Sume power2.

Result kat TV sgt best compare masa aku tgk kat opis dulu.Projek ni aku involved start pada tahun 2008.Aku masuk dah agak half way projek ni jalan so dari ep 1 sampai ep 7,aku punya part memang sikit je...mostly on amendments(repair)je.Start aku betul2 involve ialah episod 8 yg ada scene pegang kiub nak cari harta tu dengan scene ada lompat2 kat curam...ha tu aku fully involve lah.



Pas tu ada berita baik lagi,aku di beritahu tak lama lagi komik pendek WAR OF THE WORLD:GOLIATH(http://www.wotw-goliath.com/) untuk keluaran magazine HEAVY METAL(http://www.heavymetal.com/) untuk edisi January 2011 akan di terbitkan tak lama lagi.First job international comic aku....



Than beberapa bulan lepas juga...aku dan kerja aku keluar dalam paper Berita Harian untuk ruangan Di Sebalik Nama(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DiSebalikNama_LangkahNanzo/Article/index).Setelah lebih dari 10 tahun involve dlm bidang ni,barulah aku rasa kerja aku mula di pandang dan di terima org or at least tahu kewujudan aku.Sedara mara aku pun mula sedikit paham dengan kerja aku.Aku berharap yg terbaik saja selepas ini.

Sekarang ni aku sibuk ngan freelance untuk cari duit baya bill bulanan sampai nak buat ANDIKA aku pun tersangkut-sangkut.Bila tak buat kerja nak buat komik rasa dah tak terdaya.Haishh..entahlah.Sedang mencari kekuatan mental untuk membalancekan ini semua.

Sunday, October 31, 2010

When Is My Daymn Turn!!


Haish!Sume org dah ada studio sendiri,sume orang dah ada capital sendiri...Damn...Bila la time aku nak sampai ni...Pikir kan balik maybe aku tak ready nak have a company of my own yet tapi bilanya aku nak ready?Pas tu nak cari team pon susah dah....sume dah ada komitment lain.Cari team ngan upah org adalah berbeza....nak upah org maybe ramai...nak cari team...fuh!...mmg susah...geng yg sekepala dan ada visi yg sama dan full hearted buat sampai jadi....Haiii...entahlah............................................................

Sunday, August 22, 2010

In Love With Cintiq!

Aku sekarang di landa kemaruk CINTIQ 21UX.Apakah bendanya ini?Mungkin korang pernah tengok orang lukis kat Pad kelabu (atau putih atau hitam etc)sambil fokus di monitor pc.Cintiq ni,kita lukis direct di monitor.Lebih feel dan accurate dengan lukis real.
Dulu aku tak pandang sgt pasal aku tak into digital art sgt tapi selepas 3 tahun pakai Wacom aku dah start jatuh cinta ngan Cintiq.Masa tu aku rasa aku tak memerlukannya memadai ngan Wacom aje.Tapi sekarang kerja aku require kepantasan dan demand untuk menghasilkan kerja yg terbaik dan aku pasti Cintiq adalah pencetus perasaan itu.Harga memang mahal gila...tapi aku sanggup mengumpul dari sekarang untuk memilikinya di meja kerja aku ini atau so called my own studio nih.Doakan aku berjaya memiliknya kerana pasti aku akan memaksimakan skill aku melaluinya.Oh Cintiq.....


Tuesday, June 8, 2010

Comic,Jobs and Bills


It has been more than a month I've not updating my blog here.I have to hold the ANDIKA project for a while as I got some important jobs to be completed.It feels a bit suck that I have to halt the project when I was in a big spirit to do it.But I need to eat and pay bills...so I got to sacrifice.
I'm a bit worried if the publishers that I aim for will lose interest on my comic due to my long delay.Anyway I'm trying to finish up the jobs by this 20th June and I'm going to continue to finish up the ANDIKA project.My estimation of complete ANDIKA....in another 3 month.....but....if the publisher agreed, ANDIKA might be released a bit sooner but as a 1st part from the whole story.But that is still under negotiation....Above is a Perang Kampung art that I do for XLID's comic as a guest artist.Perang Kampung is a winner of IPCC comic as well same year as me.It will be released soon.