Tuesday, May 18, 2010
After 13 years in silence,Groundwerk Gather for a Storm
Pada tgh malam Sabtu dekat kol 12pm,Azan dan Jiji iaitu pejuang2 Groundwerk aka comic awal 90s tiba di rumah aku.Tah apa mimpi Azan nak gather semula.Port di umah aku tgh malam....aduh takle blah betul.Tapi team ni dah lama tak gather secara begini iaitu comic brainstorm.So mlm tu mmg mlm yg sangat berilmu.
Secara ringkas aku terangkan Groundwerk ni di tubuhkan bila kitaorg dah tak larat tgk filem2 melayu zaman kitaorg masa tu(90s)teruk sgt di samping semangat nak buat komik yg kental.Kami mula berkenalan dan berkumpul dan masa tu berusaha nak publish komik di bawah bendera Groundwerk.Namun berbagai rintangan yg kami tidak berjaya tepis membuatkan team ini selalu terperosok ke bawah tanah bekali kali.Akhirnya masing2 buat hal sendiri......
Isse selaku ahli Groundwerk juga,tiba awal pada pukul 8 mlm.Dia mmg terkenal dgn kehadiran awalnya kalau nak compare ngan kitaorg.Wife aku,Deby juga sgt sporting membiarkan kutu kutu ini lepak sampai 5 pagi kat umah.Siap buat air lagi.Memang wife yg supportive.Mojo terpaksa di kurung di dlm bilik khasnya kalau tidak dia akan jd hyper tak tentu arah pasal dia bole jd tak betul kalau ada org ramai kat umah.
Bermula dgn kesulitan pada Azan yg first time yg nak menjejaki umah aku yg kat Puncak Jalil ni.Berjanji ngan Jiji nak amik dia kat LRT Bukit Jalil end up sorang tunggu kat Bukit Jalil dan sorang ada kat stesen Puncak Jalil.Pas tu sorang gi stesen Puncak Jalil yg sorg lak gi ke stesen Sri Petaling.Dgn kepakaran semulajadi GPS wife aku,mereka bertemu jua setelah hampir 2 jam mundar mandir di sekitar Bukit Jalil.
Azan membawa selonggok artwork purba kami dan kami longgokan dan kami kaji kerja lama kami.Ada yg bole di banggakan ada yang di jadikan bahan gelak kitaorg.Melihat artwork2 kami,terpercik api semangat untuk bersatu semula tapi masing2 rasa takut dgn kekecewaan masa lepas...especially aku.Aku tahu team ni bole bawak something dlm komuniti cuma kami tak tahu tahap semangat kitaorg ni cukup kuat utk gerakkan team ni semula.Groundwerk ni bukanlah team yg boleh lukis komik je semata.Groundwerk ni semangat artis yang nak share idea2 yang berguna untuk generasi akan datang.Asas idea kami adalah dari pengalaman hidup susah senang kehidupan kami dan kita ni berteraskan bangsa yang beragama.Mix up dengan fantasi untuk merapatkan diri dengan golongan yang ingin membuka mata.
Diskusi malam sampai ke pagi itu berselang seli dgn ilmiah rohani yang juga ingin kami serapkan kat mana2 story kitaorg in future.Gathering ni sebenarnya ialah nak try compile artwork lama dan bukukan dan jual.Projek ni aku gelar Groundwerk Origin(nama sementara)-Segala artwork dan komik purba kami akan dipaparkan dlm buku ni.Yang huduh dan yang terbaik.Semuanya kerja2 lama kami.Yang tak ter-release2 sampai skrg.Mostly komik pun tak abis tapi kitaorg bedal je nak compile dlm ni.
Kami bersurai pada pukul 5 dekat kol 6.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam Groundwerkz...lama tul x jumpa korang...miss u all time wat angkasa & kawan2...harap leh jumpa borak2...
azrul(
012-2770867)
somehow apa yg paling kelakar dlm post ni is pasal si Mojo yg kena lokap dalam bilik khasnya XDD
Post a Comment