Saturday, November 12, 2011

......................................................

Bulan yang sgt stress.Kerja yg tak siap2 dan pokai.Ya Allah apakah dugaan ini.Adakah aku sudah memilih jalan yang salah?Semangat untuk teruskan masih ada tapi kudrat aku sangat terhad.Orang sekeliling mula hilang sabar.Sesunggunya aku memerlukan seseorang yang benar2 memahami keadaan aku sekarang.Kuatkan minda dan tubuh ku Ya Allah dan berikanlah aku jawapan yang aku cari.......

Tuesday, November 8, 2011

Ugly Duckling

Everyone talk about everyone else
except for me.
Why am I being here with all of this clowns?

I don't have to show anything because I have showed enough.
There is no more sharing but only showing off.
It's not my fault if you choose to be blind and deaf.

Sorry for not being an ass licker like anyone else.
I 've been through worst and it's still keep on coming.
I thought this time around I will get my great ending.
Well I was damn wrong...


Thank you for let me know you true color.
I will retreat back to my shadow and walk alone.
Will regain my own strength and find my peace in mind.

Thursday, October 27, 2011

Barang Duniawi yg sgt2 aku idamkan.




Aku tak mintak kereta BMW ke SKYLINE ke, ..... aku hanya mahu CINTIQ21ux.....Itu saja barang duniawi yang aku mahukan.......selain dari ada rumah sendiri. isk isk isk......

Jaki aku tgk mamat bawah ni.

http://nickzucc.blogspot.com/2010/11/wacom-cintiq-21ux-and-motion-computing.html

Wednesday, October 26, 2011

Rasa cam nak buat.

Kerja yg tak siap membuat aku malas nak mengupdate tapi tah cemana terasa nak tulis something gak.Yup,aku masih sedang cuba selesaikan kerja aku yg terbengkalai sejak bulan puasa ari tu tapi nampak cam boleh habis by awal nov ni.Tak sabar rasanya sebab nak sambung ANDIKA komik balik.Bukan tu saja,banyak juga beberpa projek berkaitan perlu mula di jalankan.

Aku juga mula terpikir nak mengeluarkan segala idea cerita komik aku dalam bentuk penulisan combine ngan beberapa artwork.Nak kata grafik novel pun cam tak jugak.Tapi mungkin ia akan jadi begitu juga bergantung kepada tahap kerajinan aku.Idea asal nak buat cam artbook with a story.Nak buat buku camtu modal kene besar jadi mungkin buat kat blog je lah kot.Mungkin ada beberapa kawan aku yang dah kenal lama aku familiar dengan beberapa title2 aku yg sudah lama terperam ni.Title yg mostly tercipta sejak tahun 90an lagi di mana era komik tgh berkembang pesat dan anime mula menular di Malaysia.Most aku punya cerita panjang2 jadi nak lukis semua tak cukup tgn dan tak larat so dengan cara ini je kot aku boleh buat secara logik.

Bab menulis tu memang aku ada masalah sikit.Aku cuba dulu cemana.Kalau ada org nak tuliskan pun best jugak tapi aku takde duit nak bayo.Susah2 aku bantai tulis cam aku bercerita ngan org je atau buat style skrip hehehe.Mana yg boleh kasi org fahamlah.

Konsep ni akan di selang seli dengan beberapa artwork sketchy dan full paint(kalau rajin atau ada masa).Mcm artbook style.Ada description ttg character dan world dia cam buku Star Wars Encyclopedia.Aku cuba nak kasi world dan cerita yg aku buat ni 'hidup' dalam minda sesiapa yang membacanya.Aku hanya mencuba.

Mungkin untuk cerita pertama ni aku akan buat GUARDIANS OF THE GATE dulu kot sebab plot dia dah ada lengkap.Tinggal nak huraikan dalam bentuk cerita sahaja.




Sinopsisnya ialah dunia di ketika itu adalah future 50 tahun selepas perang Nuklear.Manusia mula pesat membangunkan tamadun yg hancur.Dunia sudah berubah.Walaupun terdapat beberapa tpt serba canggih namum mereka tinggal di dalam environment yg tercemar.Matahari jarang kelihatan di selimuti awan mendung.
Kehidupan 8 budak remaja jalanan berubah apabila mereka terjumpa seketul rantai bertatahkan
kristal magik yang di percayai digunakan oleh pihak kerajaan mereka untuk menjana tenaga dan juga senjata nuklear mereka semula.Rantai itu juga adalah merupakan kunci kepada pintu portal atau Gate Dimension kepada dunia magik di mana dunianya penuh dengan tanah hijau yang segar serta udara yang bersih.Remaja2 ini kemudian di beri misi untuk membawa orang2 yang menderita hidupnya untuk tinggal di sini dan mula hidup baru dan bila selesai,mereka juga akan tinggal di situ.Apa yang akan berlaku seterusnya adalah lebih katastrofik dari ini semua.

Tunggulah kemunculannya nanti yg akan di beritahu kelak.

Saturday, September 24, 2011

Redah Belukar Yang Tak Sudah.....




Aku masih sedang berusaha menyiapkan kerja2 ku yang terbengkalai semenjak bulan puasa hari tu.Aku juga sedang mengawal mood aku yang agak tak berapa stabil sekarang.Ye lah,kalau tak kawal aku boleh jadi malas semula dan kerja jadi makin terdrag.Bila dah drag duit takde bila duit takde paham2 je lah cemana nak handle bil dan hutangkan.

Penjualan komik selepas Raya agak sedikit slow memandangkan kesibukan yg melanda namun minggu lepas aku bawak komik Andika jual di IPCC 2011 dan alhamdulillah penjualannya telah berjaya buat aku beli seluar celoreng idaman aku kat Uniqlo hahaha!

Tentang IPCC 2011 kali ini memang sengit dan menarik! Aku akui tak tgk semua contestant present sebab aku kejap rayau masuk bilik animation dan kejap rayau masuk bilik komik.Tapi everytime aku masuk mana2 bilik ni,most of the group/company has shown great presentation and ideas.Memang aku dapt rasakan pertarungan idea di antara mereka2 ini.Mutu presentation juga makin improve dan meyakinkan.Judge juga makin tegas namun tetap profesional.

Melihat rakan2 present ngan idea2 mantap dan menang memboost spirit aku secara terus!Namun aku terpaksa siapkan kerja terbengkalai aku ni dulu.

Selain itu apa yang terbaru ialah aku berjaya dapat booth untuk jual komik ANDIKA di COMIC FIESTA 2011 di KL Convention Centre.Bersama join ngan aku nanti ialah komik SAGA dan Tangh dengan ARTBOOK nya.

Kekadang rasa sedih bila kita rasa kita bawak produk kita ni secara solo dan macam takde orang yang care about it.Bila tgk kat facebook dan event mereka di mention dan di selit ke dalam iklan...tapi pasal itu jugaklah aku berazam untuk terus pergi tanpa sokongan diorang.Maybe produk aku tak cukup prestige untuk diorang.Takpe.Biar aku buktikan level produk aku tinggi mana.

Saturday, July 30, 2011

Nepotisma

Facebook sudah membantu jualan komik Andika aku better dari website2 yang ada related dengan art and comic.Kenapa ye? Nampaknya aku seperti di sisih dari genre sendiri? Aku sentiasa compare setiap hari between web sosial ngan web art related yg kononnya support artis.Web sosial done better.Sgt frustating.Ada nepotisma di dalam komuniti art tempatan ke?

Suasana ini sangat pelik.Di zaman internet tidak wujud aku adalah antara artis komik yg bermati matian nak hidup ngan komik aku di waktu sume org berkiblatkan katun lawak.Unity dengan bebudak komik walupun sikit tapi sangat kuat.Sekarang aku masih lagi struggle cuma sedikit bijak dari dulu sebab belajar dr pengalaman lampau boleh nampak tidak ada unity dalam artis.Aku tak bermaksud nak kene aktif dalam persatuan sume.Tapi spirit.Aku dapat rasakan artis2 muda skrg kurang unity dan lebih kepada kgkwn.Too bad and too sad.

Anyway....life goes on.Tempur Terus dalam nada yg sedih......

Thursday, July 28, 2011

Komik Andika Aku Dah Keluar Dah!





Yaaaaa...Comic Andika ku telah KELUARRR!!!! Mari mari beli. Ini adalah limited stok.Bukan saja saja nak rasa gempak buat limited stok,sebab keluar pakai duit poket sendiri maka poket saya tersangatla limited.

Spesifikasi Komik ini

Size - A5
Full Color
52 pages Art matt paper (tebal)
Genre cerita Fantasy,Drama and Aksi
Harga rm15 + rm6 Pos Laju
Limited Edition.

Jadi kepada sesiapa yang mahukan buku yg di lukis secara tulus ikhlas dari hati seorang seni yg hidupnya asyik struggle to be appreciated,...email saya untuk maklumat cara pembayaran.Saya juga boleh buat pembayaran secara C.O.D. hanya untuk di kawasan Puncak Jalil,Kinrara atau Cyberjaya.Saya jarang turun KL sebab kerja di rumah.OK.....Apa lagi....Supportlah Komik Tempatan atau anak seni tempatan. ^_^

Friday, July 22, 2011

Appresiasi dan Satisfaksi


Haaaaa......Lama giler tak singgah sini.Ok.Kalau ada yg follow blog ni ( gila sedeh...hehe)Komik Andika aku telah di hantar print last week kat Summit.27hb Julai ni siap katanya.Aku benar2 berharap output finalnya presentable.Komik ini sebenarnya ada 2 part so yg nak keluar ni adalah part 1.Harga rm15 ,52 pages,kertas matt art tebal dan full color.Print limited 200 copies je pasal self fundkan.Hopefully everything goes well.

Sekarang ni aku tgh terpaksa bertungkus lumus menyiapkan job storyboard yg agak panjang scenenya pasal ia adalah movie project.Aku tgh rabak kekeringan sebab ikat perut untuk bayar duit print.Jadi nak tanak kene siapkan secepat mungkin.Ah...nasib hidup freelancer inilah dia.Penat tapi nampak hasil...takpe.

Walaupun komik sendiri aku nak keluar aku still ada rasa down...inspirasi bercelaru....bagai api lilin yang di tiup angin...berusaha untuk terus menyala.Jadi aku cuba cari inspirasi dengan meng-google nama nanzotaro aku....oh seronok pasal dia top on the search list...Than aku taip 'komik Malaysia'.Aku klik kat Komik Malaysia Wikipedia.Di situ ada tersenarai nama2 komik Malaysia dan.........nama aku takde.Nama budak baru ada tapi nama aku takda.Tersedih kejap.

Aku punya la struggle zaman 90an buat komik dan hasil dah kuar kat Anak2 Sidek ngan Keluangman dan sewaktu dgnnya dan nama aku langsung takde.Adakah sebab aku tak aktif Pekomik?....Aku pun siap cuba nak edit letak nama aku kat situ....GAGAL!Tak boleh!Demmm!
Tiba tiba aku terasa seperti tidak di iktiraf dan tidak dihargai.

Aku terus terbayang aku terduduk kesedihan di sebuah bukit yang rendah...melihat matahari terbenam...emo scene.And than aku pikir kenapa aku nak rasa sedih.Kau sendiri tahu perjuangan kau.Kau patut bangga dengan apa yg kau dah achieve sekarang.Mmg tak best bangga sendiri.Umpama duduk dalam dunia sendiri yg kosong.Tak dapat nak share kegembiraan dengan sesiapa.

Kenapa aku berkarya?Kenapa aku lukis dan buat cerita dalam bentuk komik?Sebab itu adalah expresi aku.Bukan pasal aku nak tunjuk aku tere lukis walaupun naluri setan aku mahu aku fikir begitu.Sebab aku tahu tak guna mengukur kehebatan melukis kerana akan sentiasa ada org lebih hebat dari kamu.Jadi aku mencari satifaksi atau kepuasan diri.

Aku suka berkhayal, berangan ttg dunia ini, kerekter itu.Jadi dgn medium komik aku boleh release semua itu.Aku ingin share khayalan ku.Aku mahu mereka enjoy dengan khayalan ku.Bukan nak layan ganja sama sama pon.Aku harap bila Andika ni release, ada lah nama aku di catit oleh sesiapa di mana2 website.Tu dah kira cam Pre-Nesan aku secara digital la.

Jadi nanti komik ANDIKA aku keluar, belilah.Best woooooo..... ^_^

Thursday, January 27, 2011

Letih Dan Malas


Urghhhh....Aku memang ada penyakitlah...penyakit MALAS.Sepanjang 3 minggu aku bergelut dengan penyakit ini.Kerja aku ter-drag hampir sebulan yg patutnya boleh siapkan dlm masa 2 minggu.FB pun aku malas nak tulis apa apa...just browse tgk apa jadi ngan life orang.Sekarang dah start ok sket...dah ada momentum balik but still tak cukup.Kerja perlu disiapkan kalau tak, kering poket nanti...ni pun dah nak run out dah ni.Dan sebab tu jugaklah aku ada daya nak update blog hampeh ni.

2011 bermula dengan kelembapan yg maksima.Takde apa apa yg promising menenti aku untuk masa terdekat ni.Maybe salah aku jugak kot...tak prep aku punya stuff for the future...memang tough jugak jadi freelance artis nih.Life tu mungkin ada la sket nak spent tapi hari2 risau bil2 dan hutang2 yg nak dibaya pada bulan depan.SO far alhamdulillah ada satu job yang bole menyambung survival aku untuk satu tempoh yang dekat ni tapi untuk jangka panjang masih takde lagi.Aku risau.Aku blur.Masa untuk buat atau sambung projek sendiri masih takde.Okla mungkin masa tu aku bole force tapi semangat tu.Level paras bawah bosan...Ah Demm betul!!
Few weeks ago masa aku dilanda masalah malas takle buat keje aku sempat siapkan Draft Story komik lama aku - Medan Azazil.Dah tahu dah ending dia cemana tapi nak buat komik mmg mustahillah.Cerita aku stok panjang berzaman.Tak reti aku nak buat cerita pendek.Tapi aku ada some ideas cemana nak release gak this story.

SO basically kat tgn aku ada 3 story and idea yang aku rasa patut bole buat duit or dgn kata lain jadi kaya.But than aku pikir balik....bole ke jadi kaya ke ngan bende ni sume?Serius aku cakap...aku dah tak larat buat job storibod....sgt stresful pasal banyak nak pakai otak.Nasib pymnt yg latest storibod job ni ada ampun sket.Nak buat team tapi masih tak jumpa candidate sesuai...yg ada ni pun masih buat aku rasa aku sorang je yg buat.Ah penat siot.
Entahlah...kekadg tgk nasib org lain yg baik2 ni rasa mmg tak fair je hidup tapi nasib baik aku ada ugama so boleh fikir waras lagi.Kesian gak tgk bini aku asyik struggle keje nak cover bahagian lain.Aku nak buat wife aku dok umah je tak yah keje dan aku boleh kasi dia duit sume.Aku tak mahu pikir kekayaan dan duit adalah segalanya....tapi somehow stress ni sume akan bawa ke jalan tu jugak.Cemana la aku nak set otak aku nih for future...umur dah tak muda lagi.