Thursday, January 27, 2011
Letih Dan Malas
Urghhhh....Aku memang ada penyakitlah...penyakit MALAS.Sepanjang 3 minggu aku bergelut dengan penyakit ini.Kerja aku ter-drag hampir sebulan yg patutnya boleh siapkan dlm masa 2 minggu.FB pun aku malas nak tulis apa apa...just browse tgk apa jadi ngan life orang.Sekarang dah start ok sket...dah ada momentum balik but still tak cukup.Kerja perlu disiapkan kalau tak, kering poket nanti...ni pun dah nak run out dah ni.Dan sebab tu jugaklah aku ada daya nak update blog hampeh ni.
2011 bermula dengan kelembapan yg maksima.Takde apa apa yg promising menenti aku untuk masa terdekat ni.Maybe salah aku jugak kot...tak prep aku punya stuff for the future...memang tough jugak jadi freelance artis nih.Life tu mungkin ada la sket nak spent tapi hari2 risau bil2 dan hutang2 yg nak dibaya pada bulan depan.SO far alhamdulillah ada satu job yang bole menyambung survival aku untuk satu tempoh yang dekat ni tapi untuk jangka panjang masih takde lagi.Aku risau.Aku blur.Masa untuk buat atau sambung projek sendiri masih takde.Okla mungkin masa tu aku bole force tapi semangat tu.Level paras bawah bosan...Ah Demm betul!!
Few weeks ago masa aku dilanda masalah malas takle buat keje aku sempat siapkan Draft Story komik lama aku - Medan Azazil.Dah tahu dah ending dia cemana tapi nak buat komik mmg mustahillah.Cerita aku stok panjang berzaman.Tak reti aku nak buat cerita pendek.Tapi aku ada some ideas cemana nak release gak this story.
SO basically kat tgn aku ada 3 story and idea yang aku rasa patut bole buat duit or dgn kata lain jadi kaya.But than aku pikir balik....bole ke jadi kaya ke ngan bende ni sume?Serius aku cakap...aku dah tak larat buat job storibod....sgt stresful pasal banyak nak pakai otak.Nasib pymnt yg latest storibod job ni ada ampun sket.Nak buat team tapi masih tak jumpa candidate sesuai...yg ada ni pun masih buat aku rasa aku sorang je yg buat.Ah penat siot.
Entahlah...kekadg tgk nasib org lain yg baik2 ni rasa mmg tak fair je hidup tapi nasib baik aku ada ugama so boleh fikir waras lagi.Kesian gak tgk bini aku asyik struggle keje nak cover bahagian lain.Aku nak buat wife aku dok umah je tak yah keje dan aku boleh kasi dia duit sume.Aku tak mahu pikir kekayaan dan duit adalah segalanya....tapi somehow stress ni sume akan bawa ke jalan tu jugak.Cemana la aku nak set otak aku nih for future...umur dah tak muda lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment