Friday, July 22, 2011

Appresiasi dan Satisfaksi


Haaaaa......Lama giler tak singgah sini.Ok.Kalau ada yg follow blog ni ( gila sedeh...hehe)Komik Andika aku telah di hantar print last week kat Summit.27hb Julai ni siap katanya.Aku benar2 berharap output finalnya presentable.Komik ini sebenarnya ada 2 part so yg nak keluar ni adalah part 1.Harga rm15 ,52 pages,kertas matt art tebal dan full color.Print limited 200 copies je pasal self fundkan.Hopefully everything goes well.

Sekarang ni aku tgh terpaksa bertungkus lumus menyiapkan job storyboard yg agak panjang scenenya pasal ia adalah movie project.Aku tgh rabak kekeringan sebab ikat perut untuk bayar duit print.Jadi nak tanak kene siapkan secepat mungkin.Ah...nasib hidup freelancer inilah dia.Penat tapi nampak hasil...takpe.

Walaupun komik sendiri aku nak keluar aku still ada rasa down...inspirasi bercelaru....bagai api lilin yang di tiup angin...berusaha untuk terus menyala.Jadi aku cuba cari inspirasi dengan meng-google nama nanzotaro aku....oh seronok pasal dia top on the search list...Than aku taip 'komik Malaysia'.Aku klik kat Komik Malaysia Wikipedia.Di situ ada tersenarai nama2 komik Malaysia dan.........nama aku takde.Nama budak baru ada tapi nama aku takda.Tersedih kejap.

Aku punya la struggle zaman 90an buat komik dan hasil dah kuar kat Anak2 Sidek ngan Keluangman dan sewaktu dgnnya dan nama aku langsung takde.Adakah sebab aku tak aktif Pekomik?....Aku pun siap cuba nak edit letak nama aku kat situ....GAGAL!Tak boleh!Demmm!
Tiba tiba aku terasa seperti tidak di iktiraf dan tidak dihargai.

Aku terus terbayang aku terduduk kesedihan di sebuah bukit yang rendah...melihat matahari terbenam...emo scene.And than aku pikir kenapa aku nak rasa sedih.Kau sendiri tahu perjuangan kau.Kau patut bangga dengan apa yg kau dah achieve sekarang.Mmg tak best bangga sendiri.Umpama duduk dalam dunia sendiri yg kosong.Tak dapat nak share kegembiraan dengan sesiapa.

Kenapa aku berkarya?Kenapa aku lukis dan buat cerita dalam bentuk komik?Sebab itu adalah expresi aku.Bukan pasal aku nak tunjuk aku tere lukis walaupun naluri setan aku mahu aku fikir begitu.Sebab aku tahu tak guna mengukur kehebatan melukis kerana akan sentiasa ada org lebih hebat dari kamu.Jadi aku mencari satifaksi atau kepuasan diri.

Aku suka berkhayal, berangan ttg dunia ini, kerekter itu.Jadi dgn medium komik aku boleh release semua itu.Aku ingin share khayalan ku.Aku mahu mereka enjoy dengan khayalan ku.Bukan nak layan ganja sama sama pon.Aku harap bila Andika ni release, ada lah nama aku di catit oleh sesiapa di mana2 website.Tu dah kira cam Pre-Nesan aku secara digital la.

Jadi nanti komik ANDIKA aku keluar, belilah.Best woooooo..... ^_^

1 comment:

azhar said...

salam boss..

sabar boss..wiki tu sesiapa buleh tulis..mungkin org yg selalu update tak follow komik awal 90an..

tak peka pada komik XPDC, anak-anak sidek dan keluang man..sungguh kerugian orang itu..

pedulikan..yg penting living legend nanzo kini kembali dengan komik baru..

teruskan bekarya demi menyemarakkan komik tempatan..

saya nak beli komik andika..

reserve one for me sir!

sila beri tunjuk ajar.