Wednesday, October 26, 2011

Rasa cam nak buat.

Kerja yg tak siap membuat aku malas nak mengupdate tapi tah cemana terasa nak tulis something gak.Yup,aku masih sedang cuba selesaikan kerja aku yg terbengkalai sejak bulan puasa ari tu tapi nampak cam boleh habis by awal nov ni.Tak sabar rasanya sebab nak sambung ANDIKA komik balik.Bukan tu saja,banyak juga beberpa projek berkaitan perlu mula di jalankan.

Aku juga mula terpikir nak mengeluarkan segala idea cerita komik aku dalam bentuk penulisan combine ngan beberapa artwork.Nak kata grafik novel pun cam tak jugak.Tapi mungkin ia akan jadi begitu juga bergantung kepada tahap kerajinan aku.Idea asal nak buat cam artbook with a story.Nak buat buku camtu modal kene besar jadi mungkin buat kat blog je lah kot.Mungkin ada beberapa kawan aku yang dah kenal lama aku familiar dengan beberapa title2 aku yg sudah lama terperam ni.Title yg mostly tercipta sejak tahun 90an lagi di mana era komik tgh berkembang pesat dan anime mula menular di Malaysia.Most aku punya cerita panjang2 jadi nak lukis semua tak cukup tgn dan tak larat so dengan cara ini je kot aku boleh buat secara logik.

Bab menulis tu memang aku ada masalah sikit.Aku cuba dulu cemana.Kalau ada org nak tuliskan pun best jugak tapi aku takde duit nak bayo.Susah2 aku bantai tulis cam aku bercerita ngan org je atau buat style skrip hehehe.Mana yg boleh kasi org fahamlah.

Konsep ni akan di selang seli dengan beberapa artwork sketchy dan full paint(kalau rajin atau ada masa).Mcm artbook style.Ada description ttg character dan world dia cam buku Star Wars Encyclopedia.Aku cuba nak kasi world dan cerita yg aku buat ni 'hidup' dalam minda sesiapa yang membacanya.Aku hanya mencuba.

Mungkin untuk cerita pertama ni aku akan buat GUARDIANS OF THE GATE dulu kot sebab plot dia dah ada lengkap.Tinggal nak huraikan dalam bentuk cerita sahaja.




Sinopsisnya ialah dunia di ketika itu adalah future 50 tahun selepas perang Nuklear.Manusia mula pesat membangunkan tamadun yg hancur.Dunia sudah berubah.Walaupun terdapat beberapa tpt serba canggih namum mereka tinggal di dalam environment yg tercemar.Matahari jarang kelihatan di selimuti awan mendung.
Kehidupan 8 budak remaja jalanan berubah apabila mereka terjumpa seketul rantai bertatahkan
kristal magik yang di percayai digunakan oleh pihak kerajaan mereka untuk menjana tenaga dan juga senjata nuklear mereka semula.Rantai itu juga adalah merupakan kunci kepada pintu portal atau Gate Dimension kepada dunia magik di mana dunianya penuh dengan tanah hijau yang segar serta udara yang bersih.Remaja2 ini kemudian di beri misi untuk membawa orang2 yang menderita hidupnya untuk tinggal di sini dan mula hidup baru dan bila selesai,mereka juga akan tinggal di situ.Apa yang akan berlaku seterusnya adalah lebih katastrofik dari ini semua.

Tunggulah kemunculannya nanti yg akan di beritahu kelak.

No comments: